MONTHLY BULLETIN April 2023 For Members ONLY











Petikan Pindaan Undang-undang Kecil

Koperasi Guru Pulau Pinang Berhad
(yang telah diluluskan dan didaftar pada 31 January 2023)

Mesyuarat Agung Kawasan
Mesyuarat Agung Perwakilan





Mesyuarat Agung Kawasan

1. UUK 26(1) - Bagi maksud seksyen 37 Akta, Lembaga boleh menentukan kawasan mesyuarat dan memangil satu mesyuarat agung di tiap-tiap kawasan untuk memilih perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan. Setiap kawasan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu ribu orang anggota.

2. UUK 26{2) - Bilangan perwakilan yang dipilih bagi sesuatu kawasan hendaklah mengikut nisbah anggota seperti berikut:
  (a) Bagi tiap-tiap lima puluh orang anggota, satu perwakilan;
       dan
  (b) Jumlah perwakilan bagi sesuatu kawasan hendaklah tidak melebihi tiga puluh orang.

3. UUK 26(3) - Notis bagi mesyuarat agung kawasan hendaklah -
  (a) menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat
  (b) diberi kepada anggota yang layak dan tinggal dalam sesuatu kawasan tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu;
       dan
  (c) disampaikan berasingan melalui pos atau dengan cara lain yang munasabah.

4. UUK 26(4) - Hanya anggota yang telah menjelaskan bayaran menurut Undang-undang Kecil 16 pada enam bulan sebelum mesyuarat agung kawasan dan berhak menerima notis untuk menghadiri mesyuarat agung kawasan dan berhak mempunyai satu undi dan layak menjadi seorang perwakilan ke sesuatu mesyuarat agung perwakilan.

5. UUK 26(5)- Seorang perwakilan akan kekal menjadi perwakilan selagi dia menjadi anggota atau sehingga mesyuarat agung kawasan yang akan datang untuk memilih perwakilan baru. Sekiranya perwakilan itu berhenti menjadi anggota atau menarik diri menjadi perwakilan, maka hilanglah hak perwakilan kawasan yang berkenaan.

6. UUK 26(6) - Kuorum bagi mengadakan mesyuarat agung kawasan hendaklah satu pertiga daripada jumlah anggota yang layak menerima notis mesyuarat dalam kawasan yang berkenaan atau satu ratus orang, mengikut mana yang kurang. Sekiranya dalam masa tiga puluh min it selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu, bilangan anggota yang hadir belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan.

7. UUK 26(7) - Lembaga kemudiannya hendaklah memanggil satu mesyuarat lain dengan memberi notis seperti yang diperuntukkan menurut fasal UUK 26(3). Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas masa yang ditetapkan bagi mesyuarat ini, tidak hadir kuorum yang dikehendaki menurut fasal UUK 26(6), maka perwakilan tidaklah boleh dipilih dan hilanglah hak perwakilan kawasan itu.

8. UUK 26(8) - Anggota yang hadir dalam mesyuarat agung kawasan hendaklah memilih dalam kalangan mereka seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat dan seorang setiausaha untuk merekodkan segala butiran mesyuarat. Minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan setiausaha mesyuarat itu dan hendaklah dikirimkan kepada Lembaga dalam masa tujuh hari dari tarikh mesyuarat agung kawasan diadakan.

9. UUK 26(9) - Seseorang anggota tidak boleh melantik wakil untuk hadir atau bagi pihaknya dalam sesuatu mesyuarat agung kawasan.

10.UUK 26(10)- Seseorang anggota Lembaga hendaklah-
  (a) dianggap sebagai perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan yang diadakan;
  (b) menjadi seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan walaupun ia mengosongkan jawatan atau tidak dipilih sebagai Lembaga;
      dan
 (c) menjadi perwakilan sehingga mesyuarat agung kawasan yang terdekat.

11. UUK 26(11) - Mesyuarat agung kawasan hendaklah diadakan tidak lewat daripada dua bulan sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan dan hendaklah membentangkan perkara-perkara berikut:
  (a) akaun teraudit Koperasi, atau draf akaun;
  (b) belanjawan tahunan yang akan dibentangkan di mesyuarat agung perwakilan tahunan Koperasi;
  (c) cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi, jika ada;
  (d) pemilihan perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan tahunan Koperasi;
      dan
  (e) cadangan daripada Lembaga dan anggota, jika ada.

12. UUK 26(12) - Cadangan di bawah perenggan (e) fasal (11) hendaklah dikemukakan kepada Koperasi selewat-lewatnya tujuh hari sebelum mesyuarat agung kawasan.


Mesyuarat Agung Perwakilan
1. UUK 25(1) - Tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, Perintah, Arahan atau Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa dan Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi Koperasi ini hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung perwakilan menurut seksyen 36 Akta yang padanya tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.

2. UUK 25(2)- Mesyuarat agung perwakilan hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu mesyuarat agung perwakilan tahunan dan mesyuarat agung perwakilan khas.